Pages

Selasa, 1 Mei 2012

Melutut di Padang Kehidupan


Assalamualaikum wbt

salam penuh gembira,
tahu ..
khamis ini bersamaan 3.5.12 ,
kertas peperiksaan terakhir untuk kerusi ini. :)
kursus untuk web programming.

.................

menonton sebuah cerita melayu,
selalu aku tidak layan cerita2 melayu,
bukan tiada semangat bangsa
tetapi, pada aku ceritanya sama
konsepnya berulang
aku sudah jemu
malah boleh mengagak apa bakal berlaku..

dan itu alasan utama,
untuk aku beralih pada cerita2 orang putih.
pada jalan cerita yang lebih dramatik
dan luar jangkaan.

ligat aku fikir,
kita hidup ini atas konsep yang sama, bukan...
cerita hidup ini mudah,
siapa buat baik, pahala
siapa buat jahat, dosa
siapa pandai mengampu, dia disayangi
siapa jujur, dia dipulau
oh! hidup penuh mainan

padang hidup ini penuh dengan pemain
berlari ke sana dan ke mari
yang berhajat ,
pasti temui gol nya
yang bingung,
pasti tersasar ke luar padang.

yang berjaya,
Alhamdulillah , sudah lepas.
yang tersasar,
terus terhukum dan dihukum
oleh yang masih berlegar2 mencari hajat
yang tersasar,
duduk melutut mohon masuk semula ke padang kehidupan
tapi
hanya dipandang sepi

apakah
tiada laluan yang tersasar masuk semula
dia mungkin boleh dihentam dan dicaci
tapi bukan dibuang
terimalah ia

kerana
dia juga semacam kita
darah sama saja merahnya
terimalah dia!
supaya dia tidak tersasar lagi dan boleh terus berhajat.

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

-ampunkan daku-

kau BERSIH sangat?

haru biru,
minggu ini minggu bersih,
jumaat hingga ke hari ini
masih bersih
BERSIH menjadi siulan ramai
BERSIH menjadi status di facebook
BERSIH menjadi berita yang difitnah dan terfitnah

aku sokong bersih!
aku bukan sokong ikut2,
tapi aku tahu apa isunya.

menjadi perdebatan,
menjadi pertengkaran,
kau benci!
aku sokong!
aku betul!
kau salah!
atau dua2 salah
tapi berlagak betul...
kelahi hanya di facebook,
dilaman twiter

BERSIH itu ,
kau kata haram
mana haram?
konsert kau tak kata haram?
konsert dikotori maksiat,
zina, arak, pergaulan bebas.
kau diam membisu !
tiba2 BERSIH yang menuntut 8 perkara,
kau kata haram!
mungkin kau anak hingusan belum kenal HALAL HARAM


kau kata,
aku bodoh bicara kencang tentang politik
kau?
bicara hidup seharian kau!
cerita kau gadoh dengan dia
kau tak suka orang itu dan ini

ARGHH
kau tak lagi sempurnakan hidup sehari2 kau
kau salahkan aku yang aku ambil tahu isu semasa

aku pegang kata-kata ini ,
"Pandai tidak boleh diikut,
bodoh tak reti nak belajar"

masing2 kunci mulut
supaya sama2 dapat jaga mulut
jaga hati , jaga kelakuan
dari tambah dosa

tapi
mungkin kau
salah seorang yang termakan
hasutan ramai ,
propaganda media
provokasi sekitar
takpa
kita masing2 belajar
belajar untuk mendapat ilmu
bukan menunjuk pandai.


-psis-


selamat hari pekerja

selamat hari pekerja
buat pekerja,
kau yang telah bekerja 
makan gaji atau curi gaji ..
buat aku
seorang pelajar
aku juga bekerja 
pada kerja yang perlu aku kerjakan
dan masih bergelumang dengan kerja
hingga tuhan kerjakan aku

hari ini,
hari baru 
buat sang pencinta
1 mei 2012
tanda hari banyak meninggalkan kita
kita ? masih terkebil2 membuang hari


pada yang pernah melihat kulit buku ini
yes! buku tulisan seorang anak seni
yang aku fikir dia memang menjiwai erti seni
ZAHIRIL ADZIM
semoga kau , dapat terus berkarya
dengan sepenuh hati
seni itu bukan dijual beli
tapi ia dikongsi
karyalah kau suatu hari nanti di atas syariat Islam yang sebenarnya 

buku yang aku beli sendiri terus dari tangannya,
dengan ucapan terima kasih lagi 
^^


disertakan juga sebuah kad gambar pasangan romantis ini




terima kasih

-asrama,psis-