Selasa, 1 Mei 2012

Melutut di Padang Kehidupan


Assalamualaikum wbt

salam penuh gembira,
tahu ..
khamis ini bersamaan 3.5.12 ,
kertas peperiksaan terakhir untuk kerusi ini. :)
kursus untuk web programming.

.................

menonton sebuah cerita melayu,
selalu aku tidak layan cerita2 melayu,
bukan tiada semangat bangsa
tetapi, pada aku ceritanya sama
konsepnya berulang
aku sudah jemu
malah boleh mengagak apa bakal berlaku..

dan itu alasan utama,
untuk aku beralih pada cerita2 orang putih.
pada jalan cerita yang lebih dramatik
dan luar jangkaan.

ligat aku fikir,
kita hidup ini atas konsep yang sama, bukan...
cerita hidup ini mudah,
siapa buat baik, pahala
siapa buat jahat, dosa
siapa pandai mengampu, dia disayangi
siapa jujur, dia dipulau
oh! hidup penuh mainan

padang hidup ini penuh dengan pemain
berlari ke sana dan ke mari
yang berhajat ,
pasti temui gol nya
yang bingung,
pasti tersasar ke luar padang.

yang berjaya,
Alhamdulillah , sudah lepas.
yang tersasar,
terus terhukum dan dihukum
oleh yang masih berlegar2 mencari hajat
yang tersasar,
duduk melutut mohon masuk semula ke padang kehidupan
tapi
hanya dipandang sepi

apakah
tiada laluan yang tersasar masuk semula
dia mungkin boleh dihentam dan dicaci
tapi bukan dibuang
terimalah ia

kerana
dia juga semacam kita
darah sama saja merahnya
terimalah dia!
supaya dia tidak tersasar lagi dan boleh terus berhajat.

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

-ampunkan daku-

Tiada ulasan: