Pages

Jumaat, 29 Jun 2012

Tarian Rindu

Assalamualaikum semua ,
Salam jumuah yang mulia.

dua tiga hari ini, sy banyak merindui.
tidak pastilah rindu pada apa dan siapa.
tiap kerdipan mata ini,
ada tarian rindu yang minta dihiburkan..
pilunya,
mengingati kenangan.

dalam sarat merindu , dihiasi pula lagu jiwang 90an ..
lagi tangkap syahdu.
SubhanAllah!
ya! zaman sy dibesarkan dengan lagu2 tangkap lentok macam ;-
-Spoon ,Spin, Antz/Q-face, Exist, newboyz, boboi dll..
dan setiap lagu tu pernah mencipta memori sendiri..
tak disangkal, ketika kanak2 memang kita cepat menangkap persekitaran kita.
so, no wonder , kenapa sy boleh menangis dengar lagu2 mcm tu...
sebab memang kita akan automatik flashback kehidupan lampau kita ^^

setiap bait lagu , terselit cerita,
setiap lagu , punya kenangan,
tiada jawapan untuk semua kenangan ,
kerana kenangan tidak perlu penyesalan,
hanya perlu sedikit pengajaran.


kenangan , 
hadir kau 
aku tersenyum dan ketawa tanpa sedar.
kenangan ,
sekali masa berlalu itulah kenangan ,
kenangan,
itulah memori milik kita selamanya..



Tiada ulasan: