Khamis, 5 Julai 2012

Sebulan di Miri

Alhamdulillah ,
sudah hampir sebulan sy di miri.
8.7.2012 nie genaplah sebulan sy bertapa di sini.
pejam-celik, dan pejam lagi dan celik lagi .... ;;)
dah 2 bulan sy menjadi penganggur selepas tamat diploma.
sekejap masa meninggalkan kita.
Usai sahaja pengajian, saya menetap di kampung di felda gedangsa sebulan kemudian baru terbang ke borneo ni.

Di sini sy masih belum punya ghairah mahu kerja.
sy hanya duduk duduk di rumah, menjadi penunggu rumah.
hehehe.
cuba cuba belajar menjadi pengurus rumah, umur dah injak 21.
jodoh manalah nak tahu, datang tanpa diundang.. ;)

tapi, hidup sy tidak sunyi sepi.
sy cuba mencari kenalan di sini.
menjenguk2 happy circle, program2 yang boleh sy ikuti.
macam baru2 ni, sy join mukhayyam mini perintkat miri.
Alhamdulillah !
OSEM rasanya.. :)
berjumpa kenalan yang berlainan bangsa, pendidikan, keluarga, umur dll.
tapi di situ, kami menyatu hati , berpadu tenaga dan mencipta ukhwah..
nanti sy lanjutkan entry pasal mukhayyam tu..

dan setiap malam selasa dan rabu, sy mengajar anak2 staf sini mengaji.
membantu mana mampukan :)
anak sarawak ni lain dengan semananjung, ada jenis punya keingianan tiada kesempatan , ada pula yang tiada keinginan tapi dihantar mengaji kerana keperluan.
semenanjung kemudahan meluas, bayak guru2 agama, fikrah ibu ayah juga mementingkan agama , berlainan sini hanya segelintir yang memberatkan ilmu fardu ain ni.
alhamdulillah yang dtanag mengaji kat rumah, suma bagus2 dan baik2 :)
semoga anak2 murid ustazah jadi orang yang berilmu dan beramal .... InsyaAllah ...



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah acik ucapkan. Ada perancangan sambung ijazah?
Blog acik 'albrangi' pernah dilink disini tapi udah kena hacked. Blog baru acik ialah http://al-brangionline.blogspot.com