Pages

Khamis, 18 September 2014

Kehidupan | Nama belum cukup Islam

"Omar, selalu solat di mana ya" tanyaku pada staf yang memang kami berdua sahaja beragama Islam di unit ini.

"ermmm.." balas Omar terkebil-kebil dengan mata galaknya sambil menggeleng kepala.

"....." cepat-cepat aku balas dengan senyuman dan berlalu pergi.

(krik krik)


Wahai saudara seislam,
Tunjuklah ketinggian akhlak dan ilmu yang menjadikan islam itu di hormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak dan pengetahuan yang baik, Inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya.

Puisi | Hari - hari sepi

Malam berlalu. Malam demi malam.
Bertukar siang, bersilih ganti sampai tuhan paksa berhenti.

Sepi
tiada senyum manis. 
tanpa suara, tiada tawa. 
teringat-ingat gambar wajahmu, hidung yang terletak, mata yang galak, badan yang sasa tiada banding. 
semua hanya dalam bayangan.
maaf andai bayang ini selalu salah. 

Selalu,
memang selalu ada, tanpa jemu. 
tiada resah. 
menyenangkan.

Sekarang rindu,
oleh kejauhan jarak yang dicipta
menguji kesetiaan, kejujuran
tiada sangsi, oleh janji yang terpatri

pasti kembali
satu hari nanti
lillahi


-NurFeqa-
18092014
HM

Khamis, 3 Januari 2013

#Azam tahun baru 2013

Selangkah kita ke kematian.
Selangkah juga masa kita tinggalkan.

Tahun baru masihi 
sudah 
2013 !

Ini maksudnya,
umur dah menjangkau 22 tahun  
=="
umur hanya angka,
namun angka itu membawa erti ,
tak lama saja kita di dunia.
angka itu menunjukkan ,
berapa banyak amal telah dilakukan
berapa masa kita infaqkan buat Islam
berapa jasa kita pada ibu dan ayah
berapa kejayaan kita kecapi
berapa banyak ilmu telah kita kutip
berapa 
berapa
dan 
berapa?

Tahun 2013 ini,
tak banyak perkara yang difikirkan,
hanya mahu melunaskan perkara yang belum di selesaikan tahun-tahun lepas. 

#Selamat Tahun Baru, 2013
Semoga bertambah amal kita =)



Rabu, 2 Januari 2013

#Tun M mula beralih arah?

Tajuk gempak sikit~ hehe

Sedikit sebanyak sy petik kata-kata Tun M sewaktu Program Diskusi bersama Tun M, bukan untuk mengangkat beliau. Sekadar berkongsi, kerana bodohnya seseorang bukan pada akalnya, tapi pada tindakan yang dibuat.



*Manusia menghargai pemberian yang tidak pernah dirasai berbanding dengan hadiah yang selalui dirasai. 
(sebab tu, ramai golongan tua masih berpegang teguh pada UMMMMNUUU*bak kata Mat Sabu) 


*Kita ialah orang yang menentukan nasib kita sendiri! 

Bila ada kuasa, UBAHLAH! 
(well, itu nampak pada kebangkitan rakyat kini) *selalu laung STUDENT POWER jek ! 


*Bila tumpuan kepada diri berubah, segalanya akan berubah.
*Sebilah pisau, gunanya boleh mengukir tetapi ia boleh juga membunuh.
Pilihanraya ditangan kita. Pilihlah untuk negaram segalanya untuk kebaikan atau keburukan negara.
(sebaiknya, segalanya untuk ISLAM, barulah NEGARA)

*Undi merupakan satu kuasa. Kuasa rakyat yang dahulu digunakan untuk menentukan pemimpin, kini undi dijadikan UGUTAN. 
(mainan politik Malaysia.)


*Pemerintah sekarang hanya untuk kepentingan sendiri. Bukan pada negara.
(Teet~ ditujukan buat pemimpin dan kroni nya. bila sekapal mula berkelahi, dan nak menghumbankan ke laut)



*Masayarakat yang maju ialah yang tenag, tidak mewujudkan sengketa, mencarut, melucah, memfitnah. 
(petanda akhir zaman, berleluasa fitnah yang sudah menjadi makanan rutin masyarakat/pemimpin)


*Masyarakat harus ceburi politik. Itu hak  tetapi jangan lupa belajar.
(siapa yang mula2 , tidak membenarkan politik dalam kalangan mahasiswa?)


Sedikit tips menjadi pemimpin :-
1. Seorang yang bukan gila-gila.
2. Kurangkan keutamaan diri sendiri, lebihkan ornag yang dipimpin.
3. Ada ilmu, idea, melihat keadaan sekeliling dan dapat menganalisa.
4. Dapat melihat kebaikan atas sekeliling dengan orang yang dipimpin.
5. Meniru tokoh lain.
6. Jadi pemimpin bukan untuk diri.


#Usrah !



Iya, USRAH. mungkin ada sahaja yang mula gatal-gatal telinga atau ada yang mula ligat mencari alasan untuk tidak mahu terlibat dalam aktiviti2 seperti ini. ALLERGIK katanya. 

Pada ku , itu satu perkara yang normal pada yang baru mahu berjinak dengan usrah ini. "Mindset" mereka yang allergik ini masih lagi berfikir , ynag usrah itu kumpulan para ustaz2, ustazah2, alim2, banyak ilmu agama, boleh baca Quran dengan lancar dan sebagainya. walhal, usrah ini satu kumpulan kecil yang berukhwah kerana Allah sambil memperingati anatara satu sama lain. 



Teringat satu ketika dahulu, sy bertungkus lumus membahagi2kan anak2 usrah pada naqibahnya. Awalnya, kehadiran sangat memberansangkan, Namun, koi lama koi sikit. Penapisan berlian antara kaca mula berlaku. Allah menapisnya!
SubhanAllah, tinggallah golongan2 hebat yang masih tegak berjuang di jalan ini.. 

Kadang2, sy malu mengaku yang kita ini sudah dalam perjuangan, kerana pada sy lagkah pertama pun belum pernah kita mulakan. Namun, kita sedang berjuang untuk ke arah itu. dalam dunia dakwah, seiring mentarbiyah diri dan orang sekeliling. Tugas buat pejuang yang meneruskan sunnah baginda Nabi. 

Tugas hebat ini hanya bisa digalas oleh orang2 hebat ! yang tarbiyah nya mantap ! .. 
SubhanaAllah, jauh lagi diri ini. tapi itu bukan alasan, ia sebagai penanda aras untuk melakukan anjakan paradigma . 

Mari mula tegakkan kepala, 
tegapkan badan, 
kukuhkan langkah, 
aturkan masa, 
tekadkan azam , 
segala2nya untuk ISLAM. 

Tidak mampu untuk sy fikirkan, jika tidak berjuang dalam ISLAM sebelum tibanya malaikat maut. 
Cita-cita ramai orang untuk syahid, pun begitu.. Apakah usaha yang kita ambil untuk kearah itu? 
Apakah , sekadar :-
*bergelak-gelak
*bersuka-suka

hmm ==' , 

Harapnya, masing2 main peranan untuk menegaakkan ISLAM dimuka bumi ini. biar semua dapat rasa nikmat nya Islam . Perkasakan Usrah buat adik2 ,kakak2, abang2, emak2, ayah2 kita. semua kena ikut usrah ! baik usrah cawangan, usrah masjid, usrah pertubuhan mana2. tak lain , untuk membina kekuatan dalaman. 

***

p/s :  kerana sy melihat satu situasi yang jarang2 dipandangan mata umat islam sendiri. kelompok2 kecil oleh golongan KRISTIAN, yang duduk di tepi tasik sambil membuka KITAB! bersama sister, itu USRAH ! dan kristian beriman pada cara mereka.. 

kita? 
masih leka dengan hiburan yang memdodoikan kita sehingga lupa nak bangun dari sebuah kebodohan?..


Sabtu, 22 Disember 2012

#Sudikah awak ~

Sudikah Awak ? 
kalaupun saya sudi, tapi saya belum bersedia ~
belum cukup pun persiapan.
tapi itu bukan penghalang, 
kita boleh sama2 berusaha untuk ke arah itu kan ...






-Best of luck for AA-

#Cukuplah Tidurmu!


#cukuplah tidurmu! 
 Bangun dan angkat kepalamu melihat dunia 

sudah tiba dan sampai masa
umat ini bangun dari lena yang panjang
keluar dari kepompong kebodohan
menerjah keluar dari kepompong kebingungan
jati diri ....

bangunkan semangat al-imam hassan al-banna
pasakkan kehebatan sultan muhammad al-fateh
melangkahlah ibarat salahuddin al-ayubi membelah badai
menerkamlah sebagai saidina hamzah
majulah sekental saidina khalid al-walid

hadirkan kecintaan kepada islam dan nabi SAW
rasa cinta yang bukan hanya di bibir
tetapi rasa cinta yang menjalar disetiap pembuluh darah yang palig sempit
rasa cinta yang membenam kedalam lubuk hati yang paling dalam
rasa cinta yang menguasai akal , menunjangi perjuangan
rasa cinta yang membangunkan keberanian

bangun menjadi pemuda 
yang menadahkan dada
pertahankan baginda SAW
melangkahlah kehadapan
binalah perjuangan yang hidup matinya 
untuk ISLAM
azamkanlah di dalam dirimu .. wahai bakal para pejuang
sekali melangkah ,
sekali-kali tidak akan menyerah
pertahankanlah islam
sehingga titisan darah terakhir

mari kita bersama ikrar
dan pastikan selepas ini
tiada siapa yang berani menghina islam dan nabi SAW
sesuka hati mereka

cukup-cukuplah 
islam menderita menderita sekian lama 
kerana kelekaan ummatnya 
seandainya 
didalam perjalanan untuk menuju matlamat itu

tiada tuntutan yang diminta 
melainkan syahid 
maka letakkan syahid 
sebagai galang gantinya
dari hidup bercermin bangkai 
baik mati berkalang tanah 
walau apapun
janji Allah itu benar
islam satu hari nanti
akan tetap dijulang
akan tiba zaman islam 
berada dikemuncak 
merobohkan segala kebobrokan yang berlaku.
masa itu akan tiba...

#Abi mohd khir johari bin abas

-Salam menongkah arus ! -
"your step havn't started yet,shabab"
UTM skudai johor

Rabu, 28 November 2012

#Music satu sedekah

Assalamualaikum,

seronok bila dengar orang yang suara sedap, dan pandai pulak menyanyi.
nak nak yang dia gunakan suaranya untuk baca quran siap taranum.
SubhanaAllah, bisa tergoda dong ;)

bukan sesuatu yang mudah untuk menjaga dan memelihara pinjaman Allah ni dari buat benda2 yang tak elok.
contoh suara, kalu tak guna dengan betol silap2 ,
boleh jadi fitnah pulak. kita bukan nak jadikan ianya fitnah,
sebab ia fitrah . biarlah ia jadi sebagai satu dakwah.

** satu dakwah dalam nyanyian
hari tu, di kolej ada fiesta tahunan kolej,
pada malam penutup seperti kebiasaan pasti ada persembahan kesenian, nyanyian,
penerimaan hadiah dan ucapan.
memang malam tu, boleh dikatakan bukan malam penutupan, tapi konsert.
4 band kalu tak silap , campur yang menari.

Astagfirullah !
rasa berdosa pulak pergi malam tu. lebih baik pegi dewan, sebab malam tu ada jugak program dekat dewan. konsert nasyid. cuma kekangannya jauh dari kolej .
 :(

tapi, sebenarnya dalam tentatif malam tu ada persembahan nasyid jugak. tapi last sekali.
tertunggu jugak , sebab memang nasyid U sedap! :)
tibalah, persembahan yang ditunggu2 semua. kumpulan ***** ! hihi (tidak boleh didedahkan)
sy lihat ramai mula mengeluarkan henpon  masing2, petanda nya semua nak rakam ataupun nak snap wajah2 bersih penyanyi nya. hihi
dorang nyanyi lah ~ lalala semua...

yang buat semua terkebil2 , pabila dia baca ayat quran .
bukan sebab maksud ! tapi sebab MERDU sangat ..
jadi, surah ini lah yang dibacakan..



“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”
(Surah Ali-Imran, ayat 104)



Oke ! nampak tak ? nampak?
apa yang cuba disampaikan penasyid ini. dalam lagha malam itu, dia mengetuk hati2 kami.
supaya berbuat baik ! dan seiring tinggalkan yang mungkar !

indah nya dakwah ! dalam nyanyi boleh dakwah.
dalam mana2 situasi sekalipun, kita boleh buat baik.
contoh nya, senyum sedekah !
kutip sampah tepi jalan pun sedekah!
angkatkan baju member sebab hari hujan pun sedekah!
apa alasan kita untuk tidak melakukan kebaikan hari ini??!

soalan :
kenapa kena buat baik?

jawapannya ;
untuk menempah nama di syurga! takmau masuk syurga?
hidup ini ada baik dan jahat. kalu kita baik, orang lain jahat.
dan kalu orang lain baik , KITA lah jahat. mana satu nak ? =='


Selasa, 27 November 2012

#realiti konspirasi

Assalamualaikum ;)

hujan petang ini, buatkan jiwa ku basah. dan mula mahu jiwang2 :) hihi

 satu hari saya rasa sama macam gambar ini ;-



tapi, saya takut. dan tak boleh luahkan. akhir nya , saya ;(


#sumber : zackzukhairi ;)


Unfriend

Assalamualaikum,

terkilan rasa,
sebentar!
betul hanya sebentar
sekejap cuma.

puncanya,
di unfriend oleh seorang penulis dan pendakwah.
belakang ini,
dia sangat keras
dan tegas
dalam menegakkan prinsipnya
pada lalang
say good bye lah.
di remove.

tapi
sy bukan lalang
cuma orang biasa2 mahu jadi calang

takpalah, ustaz
ustaz remove , sy tetap subcribe ustaz lagi.
cuma tidak boleh komen

sy faham,
unfriend bukan tanda tidak sayang
memberi yang lain peluang ^^

oh, abu saif
-facebook-