Pages

Selasa, 27 November 2012

#Teguran dari Pakcik Bas


#belajar dengan persekitaran

kebiasaan pemandu bas di sini memang memandu bas disekitar kolej , mengambil dan menurunkan pelajar. itu biasa, hari2 dan setiap 15 minit! belum pernah sy lihat ke luar biasaan .

namun, bukan cerita bas yang ingin disampaikan. secara peribadi, cerita ini sangat menyentuh hati saya. ;)

 ****************
hari ini biasa macam hari2 yg lepas, ketika menurunkan pelajar di bus stop. sy terkejut , melihatkan pemandu itu bangun dan meninggalkan pemanduan nya. waktu tu, fikiran sy
"eh, apesal pakcik ni ????"
"nak gi mana pulak pakcik ni??"
"aahh .. buang tebiat agaknya"
bermacam2 pertanyaan itu muncul, dan tiada siapa yang menjawab, kerana itu hanya dalam fikiran. ;)

sy mengangkat sedikit kepala dari atas bas untuk melihatkan perlakuan pelik pakcik tu. pakcik itu kelihatan tertunduk2 , seperti mengangkat sesuatu dari tanah. errr, apakah itu? =='

sy ambil keputusan untuk turun dari bas, sebab memang dah sampai pun.. hehe .
secara sengaja sy mengerling pakcik tu untuk lihat apa sebenarnya dilakukan pakcik tersebut.
PANG !
hati sy ditampar kuat waktu itu. bukan pakcik yang tampar, tapi perasaan malu saya sendiri menampar nya. sy terus meninggalkan pakcik di situ, sambil tak lepas pandangan padanya.

berkecamuk hati sy waktu tu. terbayangkan pakcik itu bukan muda, bukan akademik nya tinggi, dia hanya seorang yang membawa bas menghantar pergi dan balik pelajar ke kelas.. apa yang pakcik lakukan tadi sangat memberi kesan pada sy.

tahukah ?
pakcik itu, sedang mengutip jajan/coklat* yang bertaburan di kaki lima bus stop tu. mungkin tadi ia menjadi mainan kucing2 liar yang banyak berkeliaran di sini. yang pasti ! coklat tu bukan pakcik tu punya. itu orang lain punya ! tapi, sanggup dia keluar dari bas dan mengutipnya walhal ramai pelajar di sekitar nya hanya memerhati.? nampak atau tak ,, tidak dapat sy pastikan.. hmmm

kita tinggalkan kisah pakcik dan coklat, kita beralih pada kita dan sikap..;;
#teguran Allah, melalui pakcik ini sangat terkesan. manakan tidak,  kita semak balik di mana kita meletakkan diri kita? bagaimana sikap kita? di mana sikap ambil tahu kita?
mulianya hati seorang pakcik dan sy tidak =="


*jajan/coklat ini selalu diletakkan di bus stop untuk jualan, sapa beli tinggalkan duit dalam kotak.

Tiada ulasan: