Pages

Ahad, 11 Disember 2011

:: Sisipan Cinta ::


Wahai Cinta,
‎:: cinta itu bukan boleh disekat-sekat ,
namun jangan dibiarkan ia melarat , lantas jadi keparat ::

Kini Cinta,
‎:: tiada apa yang boleh mengawal cinta ini ! ::
melainkan IMAN !
rebuild dan refresh iman . supaya sentiasa di UPGRADE ^^'

Oh Cinta !
‎:: andai BULAN boleh dipegang,
lantas akan saya letakkan dia disebelah.
malangnya "bulan" hanya bisa dilihat, dilihat pula dari jauh ::
kesetiaan ibarat bulan dan bumi,
kerap bersama walau saat siangnya tiada terlihat.
ia tetap mengikut sang bumi ^^‎

Rindu Cinta :(
:: kerinduan itu biasa , kerana itu sifat fitrah manusia ::

Ikhlasnya Cinta,
"Ada begitu banyak alasan yang terkadang membuat kita tak ingin jujur.
Ada begitu banyak alasan yang membuat kita hanya fokus pada seseorang yang bersinar di sebalik jeriji besi hati ini.
Namun tak sedikit pun memerlukan alasan untuk memahami penyebab sebuah cinta hadir"

Murninya Cinta,
‎:: Aku sengaja tidak menampakkan diri,
tidak menunjukkan rasa, agar engkau sendiri yg menemukanku dalam sujudmu ::

Rahsia Cinta,
:: Ketika aku tidak lagi bersamamu, maka cubalah kau fahami ...
kerana mungkin, aku pernah meninggalkan jejakku buat mu...
selalu saja tanpa sedar,
aku menulis tentangmu pada tiap rintik hujan hati yang telah jatuh berderai di tepi jendelaku,
dan memanggil namamu perlahan...... ::

Hidupnya Cinta,
‎"Suatu hari awak bertanya pada saya, apakah yang lebih penting? Hidup saya atau awak ?
Saya katakan hidup saya, dan awak pergi meninggalkan saya tanpa mengetahui awak merupakan sebahagian dari hidup saya."

Penawar Cinta,
bila kerinduan datang bertamu !
hadaplah hati dan jiwamu mengadap Illahi .
kerana walau di mana kita berada ,
hati-hati manusia pasti tertancap pada satu arah yang sama .
yakni KAABAH kiblat umat.
di situlah hati-hati yang saling merindu itu bertaut ^^


Ingatlah sahabat !
:: zahirnya ,kita belum masih berpunya . masih belum ada fokus ;
namun hakikat nya , kita sudah dipunyai .
dipunyai pada orang yang belum pasti .
kerana JODOH itu kepunyaan ILLAHI ::

Jodoh itu sudah termaktub . cuma belum tahu bila ianya terjawab ;)

stay tuned and stay FOCUS ~

Namun begitu sahabat janganlah sesekali,
:: Mencari kesempurnaan pada luaran.
Akhirnya , kelemahan dijadikan pertikaian ::
Kerna nanti kasihan ....

Awas Cinta !
jangan kerana cinta, kita hilang fokus. fokus pada yang perlu difokuskan ;)
saya juga punya fokus atas apa yang dipertanggungjawabkan ~

Kerana kita inginkan Cinta itu
‎:: bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah :: ^^



*Selamat Bercinta , Muliakan Cinta

Tiada ulasan: