Rabu, 28 November 2012

#Music satu sedekah

Assalamualaikum,

seronok bila dengar orang yang suara sedap, dan pandai pulak menyanyi.
nak nak yang dia gunakan suaranya untuk baca quran siap taranum.
SubhanaAllah, bisa tergoda dong ;)

bukan sesuatu yang mudah untuk menjaga dan memelihara pinjaman Allah ni dari buat benda2 yang tak elok.
contoh suara, kalu tak guna dengan betol silap2 ,
boleh jadi fitnah pulak. kita bukan nak jadikan ianya fitnah,
sebab ia fitrah . biarlah ia jadi sebagai satu dakwah.

** satu dakwah dalam nyanyian
hari tu, di kolej ada fiesta tahunan kolej,
pada malam penutup seperti kebiasaan pasti ada persembahan kesenian, nyanyian,
penerimaan hadiah dan ucapan.
memang malam tu, boleh dikatakan bukan malam penutupan, tapi konsert.
4 band kalu tak silap , campur yang menari.

Astagfirullah !
rasa berdosa pulak pergi malam tu. lebih baik pegi dewan, sebab malam tu ada jugak program dekat dewan. konsert nasyid. cuma kekangannya jauh dari kolej .
 :(

tapi, sebenarnya dalam tentatif malam tu ada persembahan nasyid jugak. tapi last sekali.
tertunggu jugak , sebab memang nasyid U sedap! :)
tibalah, persembahan yang ditunggu2 semua. kumpulan ***** ! hihi (tidak boleh didedahkan)
sy lihat ramai mula mengeluarkan henpon  masing2, petanda nya semua nak rakam ataupun nak snap wajah2 bersih penyanyi nya. hihi
dorang nyanyi lah ~ lalala semua...

yang buat semua terkebil2 , pabila dia baca ayat quran .
bukan sebab maksud ! tapi sebab MERDU sangat ..
jadi, surah ini lah yang dibacakan..



“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”
(Surah Ali-Imran, ayat 104)



Oke ! nampak tak ? nampak?
apa yang cuba disampaikan penasyid ini. dalam lagha malam itu, dia mengetuk hati2 kami.
supaya berbuat baik ! dan seiring tinggalkan yang mungkar !

indah nya dakwah ! dalam nyanyi boleh dakwah.
dalam mana2 situasi sekalipun, kita boleh buat baik.
contoh nya, senyum sedekah !
kutip sampah tepi jalan pun sedekah!
angkatkan baju member sebab hari hujan pun sedekah!
apa alasan kita untuk tidak melakukan kebaikan hari ini??!

soalan :
kenapa kena buat baik?

jawapannya ;
untuk menempah nama di syurga! takmau masuk syurga?
hidup ini ada baik dan jahat. kalu kita baik, orang lain jahat.
dan kalu orang lain baik , KITA lah jahat. mana satu nak ? =='


Tiada ulasan: