Pages

Ahad, 11 Disember 2011

:: Membataskan Kehendak ::

Kita menginginkan sesuatu itu satu kehendak. Kita memerlukan sesuatu itu keperluan. Kadang-kadang kita membatasi keperluan dengan melebih-lebih dalam kehendak. Itu merupakan kesilapan kita dalam berkehidupan. Lebih tepat lagi, manusia itu harus beserdahana sesuai dengan hadis ini;-


" Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci."
(riwayat al-Baihaqi)


Dari Abu Umamah katanya: Pada suatu hari para sahabat bercakap-cakap di hadapan baginda Rasulullah mengenai perkara dunia. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah kamu dengar? Tidakkah kamu dengar? Sesungguhnya sederhana itu sebahagian daripada iman.” (HR Abu Daud).



Begitulah saranan Islam buat kita dalam merentasi usia kehidupan hayat ini. Jangan sesekali memberatkan sesuatu yang bukan terletak pada hak nya.
Terdapat dua perkara yang dapat membimbing dalam menitik beratkan perkara yang ingin dilakukan, samada ianya perlu mahupun sekadaran mimpi.
Hanya DUA perkara !

Pertama ;
Fikirkan manfaat perkara yang ingin dilakukan atau diimpikan.
Adakah ia memberi kebaikan pada diri mahupun masyarakat ?
Berbaloikah jika kita meneruskan perjalanan ke arah itu atau sia-sia yang mendapat ?

Contoh ;
Membeli henset baru yang canggih sekadar nak "show off" dan bergaya pada kawan, walhal, duit yang dibelanjakan duit pinjaman. membeli sesuatu atas duit yang dipinjam adalah perangai buruk yang harus dielakkan. Gunalah yang ada, kerana yang ada itu mahal pada kenangannya, berbanding yang baru hanya mahal pada harganya.
namun ini, bukanlah menggambarkan kena barang buruk dan lama sahaja.! Cukuplah, mengikut keperluan dan kemampuan.


Kedua;
Masa yang diambil jika kita melaksanakannya. Tidak apa2, jika masa yang diambil itu lama tetapai membuahkan hasil yang lumayan. Dan ianya bukan apa2, jika kita meninggalkan ia jika ia hanya memberi beban pada dukungan masa seorang manusia tu..

Contoh ;
Membina mimpi(maksud saya cita2) , berdasarkan masa yang relevan. Saya bercita2 untuk berkhidmat untuk Islam sebagai jutawan pada umur 35tahun. Ini suatu yang boleh diterima fikiran. Jika mahu dikira usia saya 20 kini dan 35 , sy masih punya 15 tahun untuk berjuang ke arah itu. Mungkin dilihat susah. Namun ia tidak mustahil. Malah, saya berpegang pada kata2 ini ;

"Letaklah impian setingginya dengan tacap matamu di bintang, namun , akarkan hatimu pada serendah tanah"


Ini dua perkara yang boleh kita timbang kira samada perlu atau ianya berupa kehendak sahaja. Jangan terlalu membunagkan masa yang kita tidak tahu bila tamatnya. Mungkin sahaja masa sudah suntuk untuk kita mengejar itu dan ini. Dan memadailah kita mengandaikan tiap kerja yang dilakukan seumpama bentangan masa ratusan tahun.
Seimbangkan ia dengan ibadah persis ajal ditikar solat.

*Amalkan konsep Wasatiyah

Tiada ulasan: